PElancaran peluru berpandu dari bandar-bandar Iran ke Israel. foto IRNA

NEW YORK- Serangan balas Iran terhadap Israel adalah satu tindakan mempertahankan diri sejajar dengan Artikel 51, Bab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Duta Iran dan Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeed Iravani berkata, Iran mempunyai hak untuk berbuat demikian sebagai respons terhadap tindakan agresif rejim Zionis.

Ini termasuk pelanggaran hak integriti dan kedaulatan Iran yang dilakukan rejim tersebut.

Agensi berita Iran melaporkan, perkara itu dimaklumkan Iravani dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.

Beliau turut menyebut mengenai pembunuhan pemimpin Hamas yang juga tetamu rasmi kerajaan Iran serta kecederaan yang dialami Duta Iran di Lubnan.

Katanya, kesemua insiden buruk itu diteruskan lagi dengan serangan Israel menerusi letupan alat kelui bulan lepas, yang sengaja disasarkan kepada orang awam yang tidak berdosa.

Iravani turut memberi amaran bahawa Iran akan memberi respons pantas dan tidak teragak-agak, sekiranya Israel mengulangi jenayahnya.- IRNA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here