Mohd Iqbal
ACP Mohd Iqbal Ibrahim

SHAH ALAM – Polis menyemak kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian samun rantai emas melibatkan seorang jurujual kereta di Setia Alam, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan pihaknya.

“Buat masa ini, siasatan dijalankan berdasarkan semakan papan pemuka kereta (dashcam) milik mangsa dan semakan CCTV di sekitar lokasi kejadian.

“Kes terbabit merupakan insiden pertama berlaku di kawasan itu memandangkan keadaan di situ tempat terbuka dan ia tidak sunyi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, polis memburu seorang individu yang meragut rantai emas soerang lelaki di Setia Alam.

Polis menerima laporan daripada mangsa yang merupakan jurujual kereta berusia 29 tahun pada jam 6.14 petang.

Berikutan itu, Mohd Iqbal menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada sebelum keluar dari kenderaan masing-masing.

“Perhatikan terlebih dahulu kawasan sekitar dan sentiasa berhati-hati, jangan sesekali terleka dan memberi peluang untuk jenayah berlaku,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Polis buru peragut rantai emas di Setia Alam

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here