Suhaizan menujukkan tempat pembuangan sampah haram di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Longgokan sampah haram membukit di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling berdekatan dengan Sungai Danga di sini sejak tahun lalu kini menyebabkan pencemaran udara.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, kawasan tersebut dijadikan tempat pembuangan sampah haram juga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk yang akan mengundang penularan penyakit seperti denggi.

Menurut beliau, pihaknya mendapat aduan berkenaan tempat pembuangan sampah haram itu daripada seorang penduduk di taman tersebut.

“Aduan tersebut berkaitan wujudnya tapak pelupusan haram yang wujud di sekitar pinggir sungai dalam dalam Parlimen ini.

“Tinjauan kami mendapati terdapat tong-tong Roro (tong sampah Roll-On, Roll-Off) yang membawa sampah secara aktif telah ditinggalkan di kawasan ini.

“Kegiatan membuang sampah ini bukan sahaja berkaitan sampah pembinaan malah terdapat juga sampah jenis domestik sehingga meninggalkan kesan bau, pencemaran udara, faktor pembiakan nyamuk yang mampu mengundang penularan penyakit.

“Terdapat Roro yang mengangkut sampah yang mempunyai nama syarikat berdaftar serta nombor telefon untuk kami hubungi serta mendapatkan sebarang maklumat,” katanya dalam kenyataan.

Kata Suhaizan, pihaknya telah memaklumkan masalah itu kepada pihak SW Corp dan mendesak mereka mengambil tindakan tegas serta langkah yang efektif.

Langkah tersebut katanya, bagi menghapuskan tapak pelupusan sampah haram di Parlimen Pulai.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here