Seorang wanita selamat selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di aliran ringan (LRT) Taman Megah, di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Foto Ihsan JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang wanita selamat selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok berhampiran laluan Transit Aliran Ringan (LRT) di Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Penoong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.39 malam.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara bersama jentera serta unit pasukan perkhidmatan penyelamatan dan perawatan (EMRS)  dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi yang diketuai Pegawai Kanan Bomba I, Shamzul Othman memaklumkan benar terdapat sebatang pokok tumbang telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Axia.

“Semakan mendapati, terdapat seorang wanita berusia 33 tahun berada dalam kenderaan itu berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, mangsa diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan baik. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here