Kemalangan dua buah kenderaan di Jalan KL-Ipoh, berdekatan Taman Teratai, Batu 28, Serendah di Hulu Selangor, semalam. Foto Tular

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Taman Teratai, Batu 28, Serendah di Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.20 petang.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dipandu seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun bersama tiga penumpang pelajar pusat pengajian tinggi awam.

“Hasil siasatan awal mendapati, kereta Alza sedang dalam perjalanan dari Bukit Fraser ke Gombak dan tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Hondawave dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal berusia 69 tahun dari arah Serendah sedang memotong sebuah kenderaan di hadapan kemudian memasuki laluan kereta Alza dan mengakibatkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Faizal, akibat daripada kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada hari sama pada jam 7.50 malam.

Katanya, semakan ke atas pemandu kerta Alza itu memiliki lesen yang sah dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan bagi membantu siasatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here