Pihak polis dan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

TAIPING – Seorang lelaki warga Nepal ditahan polis bagi membantu siasatan kes membuang mayat bayi perempuan di tepi Sungai Larut, Simpang Taiping di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dari pihak Hospital Taiping pukul 3.32 pagi yang memaklumkan menerima pesakit wanita warga Kemboja dalam keadaan sedar dan baru melahirkan anak.

Katanya, bayi wanita itu didakwa telah meninggal dunia dan tidak dibawa bersamanya ke hospital.

“Susulan itu, pihak polis melakukan tangkapan ke atas suspek  warga Nepal berusia 34 tahun dalam masa kurang 24 jam.

“Suspek telah menunjukkan tempat bayi tersebut dibuang di kawasan tepi Sungai Larut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang kanak-kanak dengan membuang mayat dengan sulit. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here