KUANTAN – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan sedang mengesan waris seorang bayi perempuan yang berusia 25 hari yang ditinggalkan di Alor Akar baru-baru ini.

Ia susulan bayi perempuan baru dilahirkan ditemui oleh orang awam berhampiran Pusat Jagaan Kanak-kanak Terencat Akal, di sini, 5 September lalu.

“Pelindung sedang mengesan waris kanak-kanak atau orang ramai yang mengenali keluarga kanak-kanak.

“Sesiapa yang mengetahui berkaitan kanak-kanak dipohon untuk menghubungi Pelindung kanak-kanak Puan Nor Hafilah Hashim di talian 09-5672 4225,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PKMD Kuantan hari ini.

Ketika kejadian bayi berkenaan ditemui masih bernyawa pada jam 7.43 pagi di dalam sebuah beg dan tergantung di pagar pusat jagaan terbabit.

Susulan itu, orang awam telah membuat laporan polis sebelum memanjangkan sebelum memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Bayi perempuan masih bernyawa ditinggalkan dalam beg hitam

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here