Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes himpunan solidariti di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan merujuk dokumen itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kertas siasatan kes itu sudah diserahkan pada Rabu lalu.

Tambah beliau, pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada pejabat TPR dalam kes yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini.

“Pejabat TPR akan buat keputusan, menentukan tindakan lanjut dalam kes ini nanti,” jelas Mohamad Lazim.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan seramai tujuh individu termasuk penganjur telah dipanggil dan selesai dirakam keterangan oleh polis membantu siasatan himpunan solidariti sekumpulan individu di pintu belakang Kedutaan AS di Jalan Taman U-Thant di sini pada Isnin lalu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Siasatan polis mendapati, kesemua tujuh individu yang diambil keterangan itu gagal menghantar notis pemakluman mengenai penganjuran himpunan itu kepada polis selain tidak mempunyai kebenaran daripada tuan tanah (pihak berkuasa tempatan),” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here