Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Seorang suspek lelaki yang juga dikaitkan sebagai ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) akan didakwa di mahkamah pagi esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mendera kanak-kanak ketika di bawah jagaan salah sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.

“Kertas siasatan ke atas penjaga rumah amal berusia 35 tahun itu telah dirujuk ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan pada hari ini kita sudah menerima arahan untuk membuat pertuduhan ke atas suspek.

“Lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pagi esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” kata beliau.

Sementara itu, lewat petang Khamis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengeluarkan maklumat jemputan berkenaan pertuduhan kes tersebut.

Pendakwaan berkenaan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Selayang pada jam 8.45 pagi esok.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here