Gambar Ahmad Adnin dipaparkan di lapan buah van oleh Ninja Van dalam melaksanakan misi promosi bergerak.

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Ustaz Ahmad Adnin Roslan dipilih menjadi duta Arabica Kopi Jintan Hitam sebagai usaha mengukuhkan jenama produk itu agar lebih dikenali dan dipercayai pengguna.

Pengarah Promaxx Online Marketing, Zaid Ishak berkata, pelantikan itu akan membolehkan gambar pempengaruh terkenal dipaparkan di lapan buah van oleh Ninja Van dalam melaksanakan misi promosi bergerak.

Beliau menambah, pihaknya telah merancang untuk mempelbagaikan aktiviti promosi termasuk memperuntukan sejumlah pelaburan bagi tujuan itu pada tahun ini.

“Kaedah pemasaran ini bertepatan dengan trend terbaharu yang banyak menggunakan platform media sosial seperti Tik Tok dan E dagang seperti Shopee.

“Jualan pada 2024 agak mencabar namun kita teruskan juga jangan terlalu selesa dengan cara sekarang dan kena sentiasa buat perubahan memperbanyakkan pemasaran terutama di Tiktok,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Ahmad Adnin ketika ini popular di TikTok dengan pengikutnya mencecah lebih 2.4 juta manakala Instagram beliau mencecah lebih 770,000 pengikut.

Beliau merupakan seorang penulis kepada syarikat yang diasasnya, Tarbiah Sentap dan berjaya memecahkan pasaran buku Malaysia apabila bukunya terjual lebih kurang 450,000 naskhah.

Selain dari menulis buku, beliau juga merupakan komposer dan penulis lirik. 

Sementara itu, mengenai jualan syarikat, jelas Zaid beliau meletakkan sasaran RM50 juta jualan pada tahun depan menerusi usaha memperkenal rangkaian produk Ahmad Adnin.

Promaxx Online Marketing yang ditubuhkan sejak 2019 merupakan sebuah syarikat bumiputera menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk berasas kesihatan, kecantikan, minuman, makanan dan sebagainya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here