Rina Harun

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rina Harun yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi bagi Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2024-2027 dijangka bertanding untuk jawatan di peringkat bahagian.

Sumber berkata, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu hanya mahu bertanding di peringat Timbalan Ketua Bahagian.

“(Datuk Seri) Rina Harun hanya tanding jawatan Timbalan KB (Ketua Bahagian) Sepang, lawan dia adalah Ketua Armada Sepang, Muhammad Shahmi Shamsuddin,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Semalam, media melaporkan Rina yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi bagi bagi Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2024-2027.

Rina bagaimanapun menghantar borang pencalonan namun dilapor menarik diri.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga merupakan Naib Ketua Srikandi, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

Rina dilantik mengetuai sayap Wanita Bersatu pada 2017 dan mempertahankan jawatan Ketua Srikandi pada 2020.

Beliau yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga tewas kepada kepada calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid dengan majoriti 3,382.

Rina yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa turut tewas di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here