Polis hari ini mengesahkan tentang penemuan mayat manusia terapung di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan tentang penemuan mayat manusia terapung di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian lebih kurang pukul 7.39 pagi daripada orang awam.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat seorang lelaki identiti tidak diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat.

“Si mati dijumpai berpakaian lengkap dalam keadaan terlentang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Iqbal, pemeriksaan ke atas badan si mati mendapati tiada sebarang kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh mangsa yang boleh menyebabkan kematiannya.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dijalankan proses bedah siasat pukul 11 pagi bagi mengenal pasti punca kematian si mati dalam kes ini,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shahrul  Bakhri di talian 012-3630512.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here