Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki yang disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral dengan menunjukkan alat sulitnya di hadapan seorang wanita dalam kejadian pada 7 Oktober lalu.

SUNGAI BULOH – Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki yang disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral dengan menunjukkan alat sulitnya di hadapan seorang wanita dalam kejadian pada 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian itu berlaku semasa pengadu seorang wanita berada di dalam kedai di Subang Bestari.

Katanya, pada pukul 1.34 petang, polis menerima laporan  mengenai insiden itu daripada wanita  tersebut

“Siasatan awal mendapati semasa gadis remaja berusia 18 tahun itu di dalam premis, telah masuk seorang lelaki bangsa tidak pasti dan duduk di meja hadapan dengan pengadu dan rakan-rakannya.

“Suspek tiba tiba bertindak membuka zip dan memainkan alat sulitnya di hadapan pengadu dan rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Hafiz, ekoran insiden itu pengadu dan rakan-rakannya telah beredar meninggalkan premis berkenaan.

“Bertindak atas laporan polis, satu kertas siasatan telah dibuka oleh polis di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluwtksn perkataan atau isyarat yang megaibkan kehormatan seseorang.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara
Maksimum Lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Usaha mengesan mangsa telah dipergiatkan oleh polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu segera menghubungi atau hadir ke mana- mana balai berhampiran atau penolong pegawai penyiasat Sarjan Datuk Salam Mohamed di Talian 013- 4519575 bagi membantu siasatan lanjut.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here