Bekas Anggota Unit Tindak Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri diiring keluar selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 10 OKTOBER 2024.

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan semakan semula hukuman mati dan digantikan dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas anggota  Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Tiga panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Mat bersama Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan membuat keputusan sebulat suara menggunakan budi bicara hakim berhubung semakan tersebut.

Azilah yang duduk di kandang bersalah kelihatan tersenyum dan beremosi apabila keputusan tersebut di umumkan sebentar tadi.

Berita lanjut menyusul..

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast