Empat pelajar sebuah sekolah tahfiz yang dilaporkan hilang sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan empat pelajar Tahfiz Datul Quran Ittifaqiyyah, dari Kampung Datuk Keramat di sini yang dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu berjaya ditemui semula.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, kesemua pelajar itu ditemui orang awam pada jam sekitar 11.58 lewat malam Khamis.

“Keempat-empat pelajar itu sedang berjalan kaki di sekitar kawasan Kampung Bangi Kajang sebelum ditemui oleh orang awam.

“Mereka kemudian diserahkan kepada Balai Polis Bangi oleh awam,” katanya dalam kenyataan hari.

Tambah beliau kesemua pelajar kini sedang mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, mereka akan diserahkan kemudian kepada pihak keluarga masing-masing selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital nanti.

“Polis sedang meneruskan siasatan lanjut dalam kes ini.

“Pada masa yang sama, polis memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here