Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR- Institusi pendidikan negeri Johor akan diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama negeri-negeri lain yang menetapkan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.

Negeri-negeri berkenaan adalah Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, perubahan itu akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025 dan akan membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

“KPM mengambil perhatian pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri Johor kepada hari Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025 seperti yang dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor, DYAM Tengku Mahkota   Ismail   Ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Ismail menerusi kenyataan di Facebook bertitah, baginda sudah menitahkan pertukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.

Susulan itu, Onn Hafiz dilaporkan berkata, penyelarasan semula cuti hujung minggu itu akan membabitkan lebih 4.1 juta rakyat negeri itu termasuk 587,343 pelajar dan 1.948 juta pekerja. – MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

Dipersilakan pindah ke negeri lain jika tidak puas hati pertukaran cuti Sabtu, Ahad – TMJ

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here