Suspek, Hasbulah Ismail, 57, berjalan keluar selepas didakwa atas kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM di Mahkamah Kajang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam dua kes ragut di Bangsar dan Brickfields pada 7 Oktober lalu berjaya ditahan polis di sekitar Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Masharman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan kes ragut berhampiran Petronas di Pekan Brickfields pada 7 Oktober jam 6.15 pagi.

Kemudian, pada hari yang sama, pihaknya juga menerima laporan berhubung kejadian ragut sekitar jam 7,30 pagi di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar.

“Kejadian di Petronas, mangsa telah didatangi seorang lelaki memakai jaket hitam dengan menaiki motosikal sebelum meragut beg sandang mangsa berwarna putih yang mengandungi wang tunai, kad bank dan kunci rumah.

“Sementara itu, kejadian di Jalan Limau Manis pula seorang wanita berusia 78 tahun ditemui berada di tepi jalan itu dalam keadaan  separa sedar dan mengalami kecederaan di kepala.

“Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketika kejadian  mangsa telah diragut oleh suspek yang sama dengan motosikal dan terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati suspek terlibat dalam kedua-dua kes itu dan direman enam hari bermula hari ini hingga 16 Oktober depan bagi siasatan dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumkan hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here