Sebuah treler panjang terbalik akibat kemalangan di Kilometer 27.8 dari arah Gombak di Karak

KUANTAN –  Sebuah treler panjang terbalik dan terbakar akibat kemalangan serta menghalang laluan di kilometer (KM) 27.8 arah barat Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak di sini, petang tadi.

Ketua Polis Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata trafik dilaporkan sesak sejauh 2.6 kilometer dari jarak kilometer 20.4 hingga ke lokasi kemalangan pada jam 5.18 petang.

”Kesemua lorong terhalang. Sila tangguhkan perjalanan dan berhenti rehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.

”Pandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan petugas di lokasi,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan terkini sehingga jam 7.20 malam tadi, trafik dari  ke Karak masih dilaporkan sesak sejauh 2.4 kilometer dari kilometer 40.8 hingga ke Genting Sempah, lapor dalam hantaran Lebuhraya Pantai Timur di Facebook.

Susulan itu pengguna disarankan menggunakan jalan Gombak lama lencongan Genting Sempah atau buat pusingan di kilometer 29.2.

Bagaimanapun katanya aliran trafik lancar di Lebuhraya Pantai Timur 1 di sepanjang lebuhraya di kedua-dua hala. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast