SUBANG – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu menjejaki seorang gadis yang dilaporkan hilang di Subang Jaya, di sini, sejak 10 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan orang hilang itu dilakukan pada jam 10.16 malam semalam itu dikenalpasti sebagai Zaida Zainul Rizam berusia 16 tahun.
“Gadis itu yang masih bersekolah, kali terakhir dilihat berada di Sekolah Menengah SS17 Subang Jaya pada jam lebih kurang 1.30 petang Khamis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Wan Azlan, mangsa hilang berketinggian 164 sentimeter dengan berat badan 53 kilogram, berkulit cokelat dan mata hitam.
“Gadis itu juga memiliki rambut pendek dan hitam selain bibir mulut tebal serta hibung berkembang.
“Polis menyeru kerjasama orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan mangsa hilang diminta tampil segera ke balai polis berhampiran atau menghubungi terus bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100 untuk membantu siasatan mengesan semula mangsa,” ujarnya. – MalaysiaGazette