Antara kenderaan yang jatuh ke dalam longkang dan tanah runtuh di Taman Lembah Maju Ampang.

KUALA LUMPUR – Dua buah kenderaan jatuh ke dalam longkang akibat kejadian tanah runtuh di tebing sungai di Taman Lembah Maju, Ampang, Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.14 malam tadi.

Susulan itu, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat tanah runtuh di tebing sungai yang ketinggian 10 meter.

“Dua kenderaan melibatkan sebuah kenderaan penunda serta sebuah kereta masuk ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan operasi diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here