Beregu negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Beregu negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing membuktikan status pilihan apabila menjuarai remaja dunia selepas menewaskan pasangan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi pada aksi final di Pusat Sukan Nanchang, China hari ini.

Menjadi pilihan pertama kejohanan, Aaron-Khai Xing berjaya mengatasi tekanan untuk berdepan susulan sokongan padu ribuan peminat tuan rumah sehingga bertarung dalam tiga set.

Pasangan itu akhirnya meraih kemenangan dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung selama sejam lima minit itu untuk menang 21-18, 15-21 dan 21-18.

Kejayaan cukup bermakna kerana enamatkan penantian negara untuk memiliki juara remaja yang kali terakhir diraih pada 2018 menerusi Goh Jin Wei.

Malah kali terakhir Malaysia memiliki juara dunia remaja dalam acara beregu lelaki adalah pada 2011 menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi.

Julai lalu, Aaron-Khai Xing kalah kepada Ke Yuan-Xiang Yi pada aksi final Kejohanan Remaja Asia di Indonesia.

Sejak dipertandingkan pada 1992, acara beregu lelaki memang menjadi ‘lubuk’ buat skuad remaja negara dengan tujuh juara pernah dilahirkan bermula dengan gandingan Jeremy Gan-Chan Chong Ming pada edisi 1996. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast