Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Parlimen di Kuala Lumpur pada 14 October 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of

KUALA LUMPUR- Peluang menjawat jawatan di dalam jabatan kerajaan dan usaha meningkatkan keterlibatan masyarakat Orang Asli dalam bidang pendidikan antara yang disentuh dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan wakil masyarakat Orang Asli di Parlimen, hari ini.

Datuk Seri Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau telah menerima kunjungan hormat daripada wakil-wakil masyarakat Orang Asli yang diketuai Ahli Dewan Negara, Senator Manolan Mohamad.

Pertemuan itu turut dihadiri wakil dari Persatuan Orang Asli Perak, Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia, Persatuan Semelai Pahang, Jaringan Orang Asli Pahang, Koperasi Asal Orang Asli Selangor Berhad serta Jaringan Orang Asli Semalaysia.

“Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang isu sosioekonomi Masyarakat Orang Asli dan usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan dan peluang anak Orang Asli bagi menjawat jawatan di dalam jabatan kerajaan.

“Dalam sesi kunjungan tadi, saya beri jaminan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat orang Asli,” katanya. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here