Seorang lelaki menonton skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul pada 30 Mei 2024. Foto AFP

SEOUL – Angkatan bersenjata Korea Utara sudah menerima arahan agar bersiap sedia untuk melepaskan tembakan, kata media kerajaan pada Ahad, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Semenanjung Korea.

Arahan itu susulan Pyongyang menuduh berlaku pencerobohan dron ke ruang udaranya baru-baru ini oleh Korea Selatan.

“Kakitangan Am Tentera Rakyat Korea mengeluarkan perintah operasi awal pada 12 Oktober kepada gabungan unit artileri di sepanjang sempadan (selatan) dan unit yang mengambil tugas kuasa tembakan untuk bersedia untuk melepaskan tembakan,”menurut laporan oleh agensi berita KCNA. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here