Home Politik Adik Zahid Hamidi masuk Pas

Adik Zahid Hamidi masuk Pas

KUALA LUMPUR- Abdul Hakim Hamidi, adik kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Pas.

Borang keahlian itu diserahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Perkembangan itu diumumkan Ahli Parlimen Parit Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki yang juga Yang Dipertua PAS Bagan Datuk menerusi Facebook.

Sementara itu, Hakim berkata, tindakannya meninggalkan UMNO disebabkan parti itu sudah berubah.

Beliau mendakwa, UMNO yang dahulunya menjaga hak Melayu dan agama Islam dengan tegas kini semakin lemah.

“Saya melihat Umno sudah tidak lagi seperti zaman saya. Kepercayaan saya pada perjuangan asal Umno mula pudar.

“Inilah yang membuatkan saya kembali kepada akar perjuangan keluarga saya – kembali kepada Pas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Hakim, beliau yakin hanya Pas yang masih mampu mempertahankan hak Melayu dan kedaulatan Islam di negara ini. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here