Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di sekitar kampus Universiti Malaya telah reda, oleh itu semua laluan telah dibuka semula.

Universiti Malaya berkata, banjir yang melanda universiti ini tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Bagaimanapun, semua staf, pelajar dan pelawat kampus dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengelakkan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan diri dan harta benda terperangkap dalam banjir.

Pihak universiti akan memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kampus terpelihara. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here