Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu tiga negeri mencatatkan prelaven bantut tertinggi pada tahun 2022.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Pahang mencatatkan jumlah kanak-kanak bawah lima tahun bantut tertinggi dengan 28.2 peratus.

Ia diikuti Sabah dan Wilayah Persekutun Labuan 25.3 peratus dan Kedah dengan 23.7 peratus.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Malaysia 2023-2030.

Ia tambah Dr Dzulkefly bagi memastikan pendekatan yang lebih komprehensif bagi memerangi masalah beban berganda malpemakanan seperti bantut, obesiti dan anemia.

“Pelan ini telah mengambil kira fungsi dan dasar di setiap kementerian dan agensi serta menitikberatkan penglibatan pelbagai pihak, cross cutting strategies dan pengukuhan kepada strategi sedia ada,” katanya menjawab pertanyaan lisan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Dr Dzulkefly, statistik tersebut dikeluarkan hasil tinjauan kesihatan dan morbiliti (kesihatan ibu dan anak) 2022.

Statistik bagi remaja bantut pula, Sabah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 10.7 peratus diikuti Terengganu dengan 9.1 peratus dan Kelantan dengan 8.5 peratus.

Dalam pada itu, tiga negeri turut mencatatkan prevalen berat berlebihan dan obes dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun dan remaja berusia 13 hingga 17 tahun.

Dalam statistik yang dikeluarkan KKM, Melaka mencatatkan lapan peratus kanak-kanak berlebihan berat badan diikuti Pahang dengan 7.4 peratus dan Negeri Sembilan dengan tujuh peratus. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here