Kira-kira 10 kenderaan dilaporkan terkandas dalam kejadian banjir selepas limpahan air sungai ke kawasan perumahan berhampiran di Ukay Perdana, Hulu Klang hari ini.- Gambar ihsan JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 10 kenderaan dilaporkan terkandas dalam kejadian banjir yang berlaku di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bergerak ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Komander Operasi PBK II, Ameran B. Muda melaporkan banjir disebabkan limpahan air sungai yang berdekatan telah masuk ke kawasan perumahan.

“Ia menyebabkan 10 buah kereta di kawasan perumahan terbabit terkandas dalam banjir tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kira-kira 10 kenderaan dilaporkan terkandas dalam kejadian banjir paras sekaki selepas limpahan air sungai ke kawasan perumahan berhampiran di Ukay Perdana, Hulu Klang hari ini.- Gambar ihsan Bomba Selangor.

Menurutya, paras air banjir itu dianggarkan berlaku pada bacaan satu kaki sahaja.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir itu,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here