Keadaan kereta mangsa selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan jentolak di Sungai Petani, Kedah hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang tukang masak maut selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah jentolak di Jalan Lencong Timur di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Zuraini Murad, 48, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang memandu jenis Perodua Axia itu dalam perjalanan arah sama dengan jentolak iaitu dari Taman Batik menuju ke Bukit Bayan di sini.

“Mangsa memandu lurus di lorong kanan dari arah belakang sebelum melanggar jentolak dipandu lelaki berusia 24 tahun.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada kecuaian mangsa sendiri.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu jentolak tidak cedera.

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan kecuaiaan pemandu wanita itu yang gagal mengawal kenderaan sehingga berlaku kemalangan dengan jentolak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Azharuddin, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here