Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama ketua pegawai eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Sehubungan ini, LHDNM memandang serius terhadap penyalahgunaan nama ketua pegawai eksekutifnya di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Ia mengingatkan sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

Bahkan, tiada sebarang teks menerusi aplikasi Whatsapp boleh dilakukan tanpa kebenaran dan LHDNM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, LHDNM mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk teks Whatsapp, emel, pautan yang mencurigakan serta laporkan mesej dan sekat nombor tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here