Seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu 15, Jalan Sungai Tiram, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu maut akibat tersepit selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu 15, Jalan Sungai Tiram di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan itu berlaku pukul 10.30 pagi antara kereta Proton Satria dipandu mangsa dengan sebuah lori jenis Hino.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila semasa mangsa yang berusia 43 tahun memandu kereta dalam perjalanan menghala ke Sungai Tiram berseorangan.

“Semasa di tempat kejadian tiba-tiba mangsa hilang kawalan dan termasuk laluan bertentangan di laluan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun sebelum berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat daripada kemalangan tersebut mangsa tersepit sebelum pihak bomba datang dan mengeluarkan pemandu kereta tersebut.

Mangsa terbabit cedera parah di beberapa bahagian anggota badan dan didapati sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya terutama ketika waktu puncak iaitu pergi dan balik kerja. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here