Bekas Ahli GISBH, Dalila Diyana bercakap pada sidang media penjelasan fitnah dilemparkan terhadap mangsa GISBH ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di tentuan akmal shamsul kahar, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita bekas ahli Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) menafikan dakwaan dia dia melacurkan dua adik perempuannya.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Dalila itu sebaliknya  mahu menyelamatkan kedua-dua adik perempuanya daripada menjadi mangsa doktrin dan penderaan di bawah seliaan GISBH.

“Baru-baru ini ada pengikut mereka meuar-uarkan di media sosial mengatakan saya melacurkan adik-adik saya sebab saya melarikan mereka malah ada seorang ustazah buat laporan polis di Sepang berhubung perkara itu.

“Saya nak bagi tahu, pihak kepimpinan mereka sendiri yang suruh saya ambil tindakan undang-undang dan kenapa selepas saya buat, saya masih diugut malah keluarga saya diekori  Remaja Pemuda Ummah (kumpulan GISBH),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalila bagaimanapun enggan mendedahkan nama penuh dan usianya.

Mengulas lanjut, Dalila mengakui pernah menjadi mangsa eksploitasi kanak-kanak apabila dipaksa membawa tabung untuk mengutip sumbangan semasa menetap di pusat kebajikan di bawah GISBH.

“Masa itu saya fikir tempat itu asrama tetapi sebenarnya itu rumah pusat amal kebajikan dan saya dibawa pengurus di Sepang untuk mengutip derma dengan membawa tabung dengan sejumlah sasaran ditetapkan mereka.

“Hanya dengan cara begitu saya dapat melihat dunia luar dan ragam masyarakat sedangkan kami tidak dibenarkan menggunakan telefon mahu pun tengok televisyen untuk mengetahui dunia sebenar,” jelasnya.

Bekas Ahli GISBH, Dalila Diyana bercakap pada sidang media penjelasan fitnah dilemparkan terhadap mangsa GISBH ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di tentuan akmal shamsul kahar, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 OKTOBER 2024.

Dalila juga mendedahkan, dia adalah individu yang pertama membuat empat laporan polis sehingga berlakunya Ops Global pada Ogos lalu.

Akibatnya dia menerima ugutan daripada pihak atasan GISBH.

“Pada awalnya, saya hanya buat laporan untuk kes dua adik lelaki saya yang menjadi mangsa amang seksual dan liwat serta seorang yang berumur enam tahun ditekap dengan sudu panas pada 2021 hanya kerana mereka makan jajan (makanan ringan)  pada waktu malam.

“Tidak sangka selepas empat laporan itu dibuat, lebih ramai mangsa diselamatkan selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husein bertindak,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anak sulung Abuya dakwa dipaksa kahwin, alami trauma teruk

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here