Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumbuhan itu disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang mampan dan prestasi eksport yang semakin meningkat.

Tambahnya, dari segi penawaran, sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menerajui pemulihan ekonomi.

“Tidak dimungkiri kenyataan bahawa kejayaan-kejayaan ini selain dari perkembangan serantau dan dasar-dasar fiskal. Namun, kita tidak boleh khayal dengan kejayaan-kejayaan ini seandainya kita menyimpang daripada komitmen atau iltizam kepada agenda Budaya selesa, culture of complacency mesti dihentikan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu katanya, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan selaras dengan prospek ekonomi yang lebih baik.

Sementara itu, menerusi prakata Tinjauan Fiskal 2025, Anwar berkata, meskipun dalam persekitaran global yang dinamik, Malaysia masih terkedepan dan muncul sebagai simbol kestabilan dan kemajuan di Asia Tenggara.

Katanya, asas ekonomi yang kukuh dan pelaksanaan pembaharuan strategik bukan sahaja membantu negara mengharungi rintangan yang mencabar pada 2024, malahan mempamerkan daya tahan negara ketika berdepan dengan tantangan global.

Tambah beliau, kerangka Ekonomi Madani memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju negara dengan menggalakkan aktiviti nilai tambah lebih tinggi yang seterusnya mengukuh daya saing ekonomi.

Para separuh pertama 2024, Malaysia telah membuktikan daya tahan ekonomi melalui kadar pertumbuhan yang menggalakkan iaitu 5.1 peratus.

Pemerkasaan ini dipacu oleh pengukuhan permintaan domestik, pemulihan eksport dan pengembangan pesat sektor pelancongan.

Pencapaian ini menggambarkan keutuhan ekonomi negara pada kadar pertumbuhan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus pada 2024. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast