Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed. Foto MOHD ADZLAN, 06 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat memburu seorang wanita tempatan yang sangat dikehendaki bagi membantu siasatan membabitkan kes penipuan penjualan emas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam kes berkenaan pihaknya telah menerima sejumlah 18 laporan polis melibatkan nilai kerugian keseluruhan sebanyak RM7.03 juta telah sejak September lalu.

Katanya, suspek bernama Siti Hajartul Haini Abd Hamid berusia 37 tahun itu disyaki mendalangi kegiatan penipuan penjualan emas berkenaan.

“Alamat terakhir suspek di di Jitra, Kedah dan siasatan awal mendapati suspek dikatakan menjual barang kemas pada harga lebih rendah dari pasaran semasa iaitu antara Harga sekitar minimum RM150 hingga RM200 bagi satu gram emas.

“Pembeli yang berminat bagaimanapun perlu menunggu selama beberapa minggu sebelum barang kemas tersebut diperoleh,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ramli, pada awalnya, pembeli telah menerima barang kemas yang dijanjikan dan ia mengakibatkan mereka yakin dengan tawaran yang dibuat oleh wanita berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, bermula Julai 2024, pembeli telah tidak menerima barang kemas yang ditempah dan suspek juga telah gagal dihubungi mangsa.

“Rentetan daripada 18 laporan polis itu, polis menyiasat kes di Bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” ujarnya.

Sehubungan itu polis menggesa orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek terbabit agar segera menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zulhakimi Ab Hamid di talian 014-539 0552 atau Inspektor Low Pei Yi di talian 012-538 1907 untuk membantu siasatan kes. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here