Foto Instagram Fazura.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fazura muncul semula di media sosial selepas hampir dua minggu berdiam diri sejak sah bercerai pada 7 Oktober lalu.

Diberi kata-kata semangat pengikutnya terutama wanita, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, menzahirkan rasa syukur atas nikmat kurniaan Tuhan terhadap dirinya.

Embracing, alhamdulilah,” tulisnya pada kapsyen gambarnya yang mengenakan kaca mata hitam.

Kata-kata itu membayangkan dia sedang membuka lembaran baharu kehidupan apabila hantaran tersebut turut berlatarkan lagu nyanyian Celine Dion berjudul A New Day Has Come.

Terdahulu, Nur Fazura yang kini dalam tempoh idah sah bercerai talak satu dengan pelakon, Fattah Amin pada 7 Oktober selepas tujuh tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here