Petisyen atas talian membantah insiden terjadi kepada anjing bernama ‘Kopi’ baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan meneliti  kandungan memorandum yang dikemukakan beberapa persatuan haiwan berhubung isu anjing yang ditembak mati semasa operasi penangkapan dan pelupusan haiwan itu oleh Majlis Daerah Besut (MDB) 6 Okt lepas.

Malah, JPV juga DVS akan mengemaskini perkembangan terkini siasatan yang telah dijalankan berdasarkan punca kuasa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] dan seperti yang telah ditetapkan mengikut keputusan dasar jabatan.

“Ibu Pejabat JPV  mengesahkan telah menerima memorandum daripada beberapa
persatuan haiwan berhubung isu anjing-anjing ditembak mati semasa operasi
penangkapan dan pelupusan anjing liar yang dijalankan oleh Majlis Daerah
Besut.

Operasi tersebut telah dijalankan pada 6 Oktober 2024 di Kampung Raja, Paya
Rawa, Pengkalan Nyireh, Air Tawar, Tanjung Demong, Gelam Mas dan Jertih,
Daerah Besut Terengganu dengan melibatkan 25 orang pegawai dan
kakitangan Majlis Daerah Besut, Pejabat Veterinar Daerah Besut dan Pejabat
Undangan Negeri Kota Putera.

Yang Dipertua MDB Mohd Sukeri Ibrahim berkata, tindakan melupus seekor anjing liar yang dikenali sebagai ‘Kopi’  yang tular di media sosial sejak awal bulan ini mengikut prosedur.

Malah, beliau menafikan dakwaan anjing itu dibiarkan oleh petugas setelah mati.

Akaun Facebook My Forever Doggo (MFD) baru-baru ini berkongsi video berdurasi 52 saat memaparkan Kopi mati akibat kecederaan serius dan disedari seorang penduduk di taman perumahan berdekatan selepas terdengar bunyi tembakan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here