Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pemaju warga tempatan diculik oleh beberapa lelaki  dalam kejadian di sini sebelum dipercayai dibebaskan selepas wang tebusan RM20 juta dibayar.

Memetik laporan akhbar China Press, peniaga berkenaan, 59, ketika itu dijadualkan untuk ke luar negara bagi urusan perniagaannya sebelum dilarikan pukul 5 pagi pada Ahad lalu.

Difahamkan mangsa dilarikan semasa menunggu Grab ke lapangan terbang.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menerima satu laporan pukul 7.20 petang pada hari yang sama berkenaan seorang lelaki tempatan dilarikan beberapa suspek dengan menggunakan sebuah kereta.

“Insiden ini dilaporkan sejurus mangsa dilepaskan pada hari yang sama.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tanpa kesahihannya,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast