PERNAS menyantuni dan menaja minuman serta hidangan makanan yang turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (dua dari kanan) untuk memberi sokongan kepada pengamal media di Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR –  Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) meraikan lebih 250 wakil media yang menjalankan liputan Pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen Malaysia semalam.

Menerusi dua syarikat di bawah naungannya iaitu 1901 dan Gloria Jean’s Coffees, PERNAS menyantuni dan menaja minuman serta makanan dan ia turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk memberi sokongan kepada pengamal media.

1901 turut mengambil kesempatan memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Salai Delight yang diinspirasikan daripada keunikan masakan Negeri Sembilan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah berkata, menu itu menampilkan sosej ayam atau daging yang dihidangkan bersama kuah gulai masak lemak serta serunding ayam iaitu gabungan rasa tradisional dengan sentuhan moden.

Menurut beliau, Gloria Jean’s Coffees pula memainkan peranan penting menyediakan minuman yang menyegarkan sebagai tanda sokongan kepada media yang hadir untuk liputan Belanjawan 2025 sehingga ke malam.

“Kehadiran 1901 juga bertujuan untuk memperkenalkan wajah baharu jenama ini yang lebih segar dan dinamik selari dengan cita rasa generasi kini dan trend arus semasa.

“Kami berharap inisiatif seperti ini dapat dijadikan tradisi tahunan bagi Gloria Jean’s Coffees dan 1901 sebagai tanda penghargaan kepada komuniti media dan dalam masa yang sama memperkukuh jenama kami dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Lebih 250 wakil media yang menjalankan liputan Pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen Malaysia, semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Komunikasi Strategik PERNAS; Datin Suriani Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Big Nineteen Sdn Bhd  Mohairi Mohamad dan Ketua Jabatan Pembangunan Produk dan Pengurusan Jenama, MyFranchise, Imouzegar Ismail.

Tengku Mohamed Fadhli menambah, PERNAS bersama Gloria Jean’s Coffees dan 1901 akan melaksanakan lebih banyak aktiviti promosi termasuk program bersama
media dan orang ramai.

Katanya, ia kerana  1901 telah memperkenalkan wajah baharu yang lebih segar dan selari dengan citarasa semasa dengan cogan kata ‘Best Franks Forever’ pada Februari  lalu.

Sementara itu, jenama 1901 kini memiliki 53 outlet dan Gloria Jean’s Coffees pual sebanyak 45 outlet di seluruh negara.

MyFranchise dan Big Nineteen Sdn Bhd juga merupakan syarikat mengendalikan jenama Gloria Jean’s Coffees dan 1901. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here