Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 42 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan diminta mendaftar dalam satu sistem, Julai lepas.

Beliau berkata mangsa kemudian telah diberikan latihan oleh suspek untuk membeli saham melalui pautan yang diberikan pada Julai dan Ogos lepas.

“Dalam tempoh 17 Julai hingga 14 Okt, mangsa telah melakukan 25 transaksi ke dua akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa kemudian telah menerima pulangan dalam anggaran RM50,000 dan melabur semula sehingga kerugian sebanyak RM690,000. Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here