Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting dan Taman Tekkah Permai, Aulong sejak 18 hingga 25 Sept lepas.
Foto hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing bergelut sebelum disamun seorang lelaki menunggang motosikal di Jalan Danau, Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada pukul 9 malam itu berlaku semasa mangsa bersama-sama rakannya berjalan kaki pulang ke rumah.

“Dalam kejadian tersebut berlaku pergelutan dan mangsa mengalami kecederaan serta luka di bahagian siku, kaki sebelah kanan dan muka.

“Mangsa kehilangan telefon bimbit jenama Vivo dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Balai Polis Desa Cemerlang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam telah memberkas suspek.

Menurut beliau, suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia 29 tahun dan ditangkap di kawasan kejadian sejam selepas kejadian.

Hasil semakan rekod lampau, suspek mempunyai lima rekod jenayah dan satu rekod orang yang dikehendaki.

“Ujian saringan terhadap suspek mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Beliau memberitahu, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, satu telefon bimbit Vivo, tiga plastik lutsinar disyaki mengandungi pelbagai jenis dadah.

Siasatan dilakukan bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang aktiviti jenayah untuk disalurkan ke balai polis berhampiran,” ujarnya.

Tambah beliau, mereka juga boleh membuat aduan di pusat kawalan daerah Seri Alam menerusi talian 07-3871 422 atau Hotline 07-386 1422.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here