Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

KUALA LUMPUR- Peluasan caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka memberi manfaat kepada lebih 2.3 juta penduduk di Malaysia termasuk dua juta pekerja asing.

Menurut KWSP, sebelum ini pekerja asing membuat caruman secara sukarela.

Tambahnya, KWSP masih mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakan caruman mandatori kepada pekerja asing serta pindahan dana kepada keluarga terdekat seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, dana persaraan itu turut menyambut baik peningkatan insentif bagi i-Saraan dan i-Suri.

“KWSP sangat mengalu-alukan kelulusan kerajaan untuk meningkatkan program i-Saraan dengan menambah insentif padanan kepada 20 peratus berbanding 15 peratus sebelum ini, termaktub kepada RM500 setahun dan had sepanjang hayat sebanyak RM5,000 bagi setiap individu.

Penambahbaikan tersebut akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2025 dan dijangka memberi manfaat kepada 330,000 peserta i-Saraan sedia ada dan baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here