Penunggang motosikal maut selepas tersepit bawah sebuah kereta dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 134.9 Lebuhraya Utara-Selatan, Pulau Pinang hari ini.

PERAI – Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit bawah sebuah kereta dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 134.9 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mengakibatkan mangsa, Ang Kien Seong, 24, meninggal dunia di tempat kejadian susulan mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.44 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

“Semakan di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva Elite dan motosikal jenis SYM yang mana penunggangnya tersepit di bahagian bawah kereta.

“Mangsa kemudian dikeluarkan menggunakan peralatan khas bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here