Kesan bedilan Rusia di stesen kereta api Ukraine di Chaplyne. Foto Twitter

GENEVA – Penduduk Ukraine telah merosot sebanyak 10 juta sejak 2014 dan keadaan menjadi lebih buruk selepas perang Rusia bermula, kata Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).

Pengarah Serantaua UNFPA, Florence Bauer, pengarah serantau UNFPA untuk Eropah Timur dan Asia Tengah, memberitahu taklimat PBB di Geneva bahawa 8 juta daripada jumlah itu telah menurun sejak permulaan perang Moscow-Kyiv pada 2022.

“Ini juga memberikan kerugian besar dalam modal insan – modal insan yang diperlukan segera untuk pemulihan dan untuk membina masa depan Ukraine,” kata Bauer.

Menurutnya, sejak 2022, kadar kelahiran menjunam kepada seorang anak bagi setiap wanita “kadar kesuburan terendah di Eropah dan salah satu yang terendah di dunia.”

Sementara itu, berjuta-juta orang telah kehilangan tempat tinggal di dalam negara dan kira-kira 6.7 juta orang di luar sebagai pelarian, katanya.

Beberapa wilayah telah menyaksikan pengurangan golongan muda dan sejumlah besar penduduk maut akibat perang.

“Untuk merancang pemulihan Ukraine secara berkesan, banci penduduk diperlukan segera, sebaik sahaja keselamatan membenarkan,” katanya, sambil berkata, banci terakhir dijalankan pada 2001, menjadikan data demografi yang dikemas kini “kritikal.” – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here