Azam Baki

NILAI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemukan petunjuk baharu dalam siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Incorporated (MBI) berkaitan rasuah konsensi perlombongan pasir, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih belum boleh didedahkan berikutan pihaknya masih dalam proses menjalankan siasatan, termasuk mengumpul keterangan daripada saksi.

“Memang ada penambahan keterangan baharu yang diperolehi tetapi buat masa ini saya tidak boleh kongsikan lagi berhubung dapatan baru itu, perkara ini kita akan siasat lebih lanjut lagi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, hari ini.

“Ada sembilan premis telah digeledah semasa siasatan, dan kita tak ada sita sebarang premis kerana ia bukan milik mereka, ada satu premis milik seseorang yang tinggal di situ namun ia bukan perkara yang berkaitan dalam siasatan kami,” katanya.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata, SPRM telah membekukan aset bernilai jutaan ringgit melibatkan siasatan kes MBI berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir. – Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here