Gambar Hiasan

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki parah selepas terjatuh dari tingkat 12 sebelum tersangkut di tingkat tujuh sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Jelutong di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kejadian jam 9.20 pagi itu disedari nenek mangsa selepas menemui mangsa berusia empat tahun itu di bumbung konkrit tingkat tujuh bangunan tersebut .

Jelas beliau, kejadian berlaku ketika wanita warga emas berusia 63 tahun itu berada di bilik air.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa terjatuh dari tingkap bilik tidur utama dan semakan mendapati katil dalam bilik itu terletak berhampiran tingkap tersebut.

Swee Sake.

“Tiada saksi lihat kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here