Pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan sektor kerajaan sempena Belanjawan 2022 di Putrajaya. foto arkib MalaysiaGazette

PETALING JAYA- Semua permohonan membabitkan lesen berisiko rendah akan dipercepatkan kelulusan dalam 24 jam oleh pihak berkuasa tempatan bermula tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, komitmen ini selaras dengan Program Pendigitalan Nasional yang disasarkan kerajaan.

Katanya, lesen berisiko rendah itu membabitkan kedai runcit, gerai makan dan sebagainya.

“Bagi lesen berisiko rendah kita mahu proses kelulusan itu dipercepatkan dalam 24 jam iaitu kalau dikemukakan pagi, petang sudah boleh diterima permohon.

“Langkah ini adalah selaras dengan visi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah baik perniagaan dan pelaburan di sesebuah PBT yang dikaterogikan sebagai lesen berisiko rendah dan berisiko tinggi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen PBT 2024 di sini.

Manakala  lesen berisiko tinggi merangkumi, bilik pembedahan haiwan dan binatang, tempat simpan mayat, kelab malam dan sebagainya.

Untuk kategori lesen berisiko tinggi tempoh kelulusannya dipendekkan kepada 14 hari sekiranya segala dökümen permohonan yang dikemukakan lengkap.

“Kementerian kini dalam usaha mentransformasikan digital untuk mewujudkan pusat sehenti untuk lesen yang mana pemohon boleh menyemak permohonan dan dokumen mereka atas talian dan boleh mencetak lesen mereka selepas diluluskan PBT.

“Bagi proses kelulusan kemajuanyang juga termasuk kategori lesen berisiko tinggi, kita mahu dipercepatkan juga supaya kita setanding dengan negara serantau,” ujarnya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here