TEHRAN – Israel menggunakan ruang udara yang dikuasai Amerika syarikat (AS) untuk menyerang Iran dan unit pertahanan udara negara itu dapat mengelakkan pesawat perang Israel daripada memasuki ruang udaranya.
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata, peluru berpandu musuh dilancarkan 100 kilometer (km) dari ruang udara Iran.
“Ini jelas pencerobohan dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa pesawat perang musuh zionis menggunakan ruang udara Iraq yang dikuasai AS untuk melancarkan beberapa peluru berpandu jarak jauh dari udara ke arah radar di wilayah Ilam dan Khuzestan (barat Iran) dan sekitar Tehran,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya, unit radar Iran mengalami kerosakan kecil dan tidak efektif akibat daripada pencerobohan itu dan semua unit radar sama ada telah dibaiki atau diselenggara semula.
Jelasnya, sejumlah bilangan besar peluru berpandu dijejaki dan dipintas dan pesawat musuh dihalang daripada memasuki ruang udara negara.
Katanya, Iran berhak untuk melakukan serangan balas terhadap pencerobohan yang dilakukan itu pada masa yang sesuai dan gencatan senjata perlu dilaksanakan di Gaza dan Lubnan bagi mengelak pembunuhan secara beramai-ramai terhadap orang yang tidak bersalah di wilayah tersebut.
Menuurt kenyataan itu, Washington memainkan peranan besar dalam menyediakan sokongan penuh terhadap jenayah rejim zionis. – Agensi