Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Pertemuan menarik dua jaguh bola sepak tanah air, Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini menyaksikan tiket perlawanan telah habis dijual.

“Habis terjual. Full house. Terima kasih kepada peminat Gergasi Merah dan jumpa anda semua di Stadium MBPJ pada Ahad,” umum kelab itu menerusi satu hantaran di media sosial.

Sebagai tuan rumah, Selangor menerima kunjungan juara bertahan Liga Super, JDT dengan motivasi tinggi setelah berjaya menewaskan Jeonbuk Hyundai dalam saingan AFC Champions League 2 pada Rabu lalu.

JDT pula hadir ke Kelana Jaya dengan misi untuk bangkit dari kekalahan kepada Gwangju sehari sebelum itu sekaligus meneruskan rentak cemerlang dalam saingan liga domestik.

Terdahulu, pihak Selangor memaklumkan bahawa sejumlah 700 tiket diperuntukkan untuk penyokong JDT dan telah diserahkan kepada kelab Harimau Selatan itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here