Tular pelajar perempuan hilang di hadapan SMK Seri Perdana, Kluang, semalam

KLUANG – Tular seorang pelajar perempuan tingkatan empat hilang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini semalam.

Pelajar berkenaan, Nurul Alya Farzana yang berusia 16 tahun, dilaporkan ahli keluarganya hilang dan tidak pulang ke rumah selepas pergi ke sekolah.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup SMK tersebut, Nurul Alya Farzana memakai baju-T karakter Johor atau tshirt KrMJ semasa hilang.

Pelajar berkenaan dirakamkan menaiki kereta Toyota Vios warna perak pada pukul 3.34 petang dan meninggalkan kawasan sekolah menghala ke arah bandar Kluang.

Namun pemandu dan nombor pendaftaran kereta itu masih tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.

Ahli keluarga Nurul Alya Farzana sudah membuat laporan di Balai Polis Kluang.

Nurul Alya Farzana yang bertubuh kecil memiliki ketinggian 140 sentimeter dan berat 40 kilogram.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan bapanya 017-7908217, abangnya 018-9817600 atau Balai Polis Kluang 07-7784222.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast