ADUN Kota Seputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir bercakap pada Program Platform MG bertajuk 'YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular?' di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kawalan terhadap kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa perlu dikawal sebelum dilepaskan sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berpendapat, Kebebasan penuh  wajar dilihat dari aspek meluas kerana inisiatif dan idea baharu  mampu membawa arus politik lebih segar.

Para pelajar hadir pada Program Platform MG bertajuk ‘YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular’ di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto SADIQ SANI, 29 OKTOBER 2024″”Kebebasan bersuara wajar diberikan tetapi perlu letak titik sempadan. Jika tiada batasan, kebebasan itu akan jadi merata-rata. Oleh itu kita perlu mewujudkan ‘satu bulatan’ (kawalan) yang bukan kongkongan supaya apa yang kita perlukan tidak lari daripada bulatan (kawalan) itu.

“Jadi, dari semasa ke semasa, bulatan itu akan dibesarkan yang mungkin bermula dari peringkat kolej kemudian besarkan lagi ke peringkat fakulti dan seterusnya ke peringkat universiti.

“Biar lambat sedikit tetapi apa yang penting keberhasilan,” katanya.

Terdahulu, beliau menjadi salah seorang panel program Platform MG bertajuk YB Muda, buat kerja atau sekadar popular? yang diadakan di Dewan Perdana Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

ADUN Kota Seputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir beramah mesra bersama Pengasas Brotherhood, Lando Zawawi ketika hadir pada Program Platform MG bertajuk ‘YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular’ di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto SADIQ SANI, 29 OKTOBER 2024

Pengasas Brotherhood Malaysia, Lando Zawawi, pula berkata,  kebebasan bersuara bergantung kepada kematangan individu kerana ia selari dengan pengalaman dan ilmu.

“Ia terpulang kepada kematangan seseorang kerana sebagai seseorang yang sedang membesar dan semakin matang, mereka dalam satu proses. Proses ini perlu ada latar belakang pengetahuan dan juga iman.

“Mereka perlu berhati-hati apabila malangkah ke dunia politik dan jika mereka buat terlalu ekstrem akan membawa perpecahan terutama dalam kalangan penuntut universiti.

“Oleh itu, mereka perlu memiliki minda terbuka, pegangan agama yang kukuh, dan integriti yang terbaik untuk meneruskan perjuangan,” ujarnya.

ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem bercakap pada Program Platform MG bertajuk ‘YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular?’ di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2024.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik UKM, Dr. Jamaie Hamil, berkata, program sedemikian wajar diperluas pada masa hadapan kerana mendekatkan golongan muda dengan pemimpin negara.

“Program ini memang baik kerana mendekatkan mahasiswa yang juga anak muda dengan ahli politik muda dan saya lihat tadi dalam progran ini mahasiswa sangat teruja apabila mengetahui adanya program seperti ini.

“Melalui program ini, mereka dapat mengetahui apa yang boleh dilakukan mereka sebagai orang muda untuk menyertai politik dan belajar bagaimana ahli politik berkhidmat kepada masyarakat,” tambah beliau.

Suasana sekitar Program Platform MG bertajuk ‘YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular?’ di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2024.

ADUN Kota Siputeh, Mohd. Asyraf Mustaqim Badrul Munir, pula menyatakan program ini wajar diteruskan dan MalaysiaGazette perlu menjadi wahana yang lebih segar untuk program sebegini.

“Program ini bukan sahaja perlu diteruskan tetapi wajib diteruskan kerana MalaysiaGazette perlu menjadi sebuah wahana yang lebih segar.

“Sebagai sebuah portal yang sudah menginjak usia 10 tahun beroperasi, maka MG perlu tampil sebagai platform yang lebih dinamik.

“Kita boleh memanfaatkan program seperti bual bicara yang betul-betul menjentik minda ini supaya anak muda mempunyai alternatif untuk melihat politik dari sudut berbeza,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast