Bekalkan 880 mercun jenis Happy Boom Red Cracker bernilai RM13,000 tanpa permit yang sah. - Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan semalam kerana membekalkan 880 mercun jenis Happy Boom Red Cracker bernilai RM13,000 tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditangkap selepas serbuan dilakukan di sebuah rumah teres di Saujana Damansara, Petaling Jaya, sekitar 4.30 petang.

“Hasil serbuan dilakukan, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menemukan 22 kotak dengan dengan setiap satu mengandungi 40 unit mercun jenis Happy Boom Red Cracker.

“Hasil soal siasat awal terhadap suspek, lelaki itu mengaku membekalkan semua mercun berkenaan dan aktiviti itu dilakukan tanpa permit sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahrulnizam, semua barangan rampasan telah dibawa ke IPD Petaling Jaya dan punca dari mana bekalan mercun itu diperoleh sedang dalam siasatan.

Shahrulnizam juga memaklumkan, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aktiviti jual beli mercun dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi talian 03-79662222 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhamad Shahiren Ibrahim menerusi talian 019-5693864. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast